Saturday, August 30, 2008

sunnah orang berjuang

berjuang menempah susah,
menanggung derita menongkah hikmah,
itulah gelombang hidup samudera duka,
seorang mujahid memburu syahid.
dibuang dia berkelana,
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid,
namun jiwa tetap mara memburu cita,
membara demia Allah dan Rasulnya.
berjuang tak pernah senang,
ombak derita tiada henti,
susah senang silih berganti,
inilah sunnah orang berjuang.
malamnya bagai rahib merintih sayu,
dihiris dosa air mata,
siangnya bagaikan singa di rimba,
memerah keringat mencurah tenaga.
berjuang memang pahit,
kerana syurga itu manis,
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
bukan sedikit pedih yang ditagih.
berjuang ertinya terkorban,
rela terhina kerana kebenaran,
antara dua pasti terjadi,
tunggulah syahid atau menang.

1 comment:

iman balqis said...

salam ziarah.........daripada meja su jakmas sesi 2008/2009..teruskan memobilisasi suara mahasisiwa khususnya warga kolej ab.......tambah shoutbo dan pesanan terakhir.....balik raya tue, igt2lah org kt sini.....
bersahabat kerana ALLAH...takbir!!!