andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ....lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
Saturday, August 30, 2008
10 wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna
- apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
- bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkan zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
- berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab kerana bahasa arab yang betul itu adlah satu-satunya syiar Islam.
- janganlah bertengkar dalama apa-apa jua perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
- janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkanbersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang lain.
- jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apaa yang memberi kebajikan.
- berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
- kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
sunnah orang berjuang
berjuang menempah susah,
menanggung derita menongkah hikmah,
itulah gelombang hidup samudera duka,
seorang mujahid memburu syahid.
dibuang dia berkelana,
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid,
namun jiwa tetap mara memburu cita,
membara demia Allah dan Rasulnya.
berjuang tak pernah senang,
ombak derita tiada henti,
susah senang silih berganti,
inilah sunnah orang berjuang.
malamnya bagai rahib merintih sayu,
dihiris dosa air mata,
siangnya bagaikan singa di rimba,
memerah keringat mencurah tenaga.
berjuang memang pahit,
kerana syurga itu manis,
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
bukan sedikit pedih yang ditagih.
berjuang ertinya terkorban,
rela terhina kerana kebenaran,
antara dua pasti terjadi,
tunggulah syahid atau menang.
menanggung derita menongkah hikmah,
itulah gelombang hidup samudera duka,
seorang mujahid memburu syahid.
dibuang dia berkelana,
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid,
namun jiwa tetap mara memburu cita,
membara demia Allah dan Rasulnya.
berjuang tak pernah senang,
ombak derita tiada henti,
susah senang silih berganti,
inilah sunnah orang berjuang.
malamnya bagai rahib merintih sayu,
dihiris dosa air mata,
siangnya bagaikan singa di rimba,
memerah keringat mencurah tenaga.
berjuang memang pahit,
kerana syurga itu manis,
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
bukan sedikit pedih yang ditagih.
berjuang ertinya terkorban,
rela terhina kerana kebenaran,
antara dua pasti terjadi,
tunggulah syahid atau menang.
Subscribe to:
Posts (Atom)